e-Katalog Kuih Raya Pilihan ApOgEE

Kepada kawan-kawan yang berminat untuk membeli kuih raya, ini ada sedikit pilihan kuih raya yang berkualiti tinggi. Setakat ni, memang puas hati. Dah empat tahun dah ApOgEE tempah kuih raya ni. Apa pun, ApOgEE bukannya tokey kuih raya, tawaran ini dibuat untuk tolong kawan-kawan yang sibuk mencari kuih raya best dan berkualiti dari kampung. (tak macam yang jual kat lorong-lorong mahupun pasar juadah). Kuih ni diorder dari egypt... haha melawak je tu. Semua ni pilihan yang terbaik sahaja, kalau kurang baik, kami dah reject awal-awal.

Harus di ingat, seperti juga tahun-tahun lepas, ApOgEE tidak menyediakan special delivery. Jadi, kawan-kawan semua kena ambil sendiri kat rumah ApOgEE, atau janji kat mana-mana area Ampang, KL. ApOgEE akan maklumkan bila kuih tu siap nanti (dijangka 2 minggu sebelum raya). Kalau dah pegi rumah ApOgEE nanti, senang sikit anda nak datang beraya... hehehe...


Kalau dah sedia nak buat pesanan, anda boleh terus buat pesanan di Borang Pesanan dan tunggu email dari ApOgEE untuk maklumat pembayaran dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan